Thursday, August 10, 2006

Doa kepada lagenda kartun kita.

Rejabhad. jab bin Had. saya memanggilnya Pak jab semasa berguru dengan beliau. masa itu umur saya baru mencecah 10 tahun. "anak siapa kau bawa ni .dah bagitau mak-ayah dia ka?"itu kata-kata yang masih terngiang-ngiang di telinga saya. beliau melatih saya dengan begitu baik. saya bersekolah di Perak.namun beliau sanggup mengirim manual pembelajaran bengkel kartunnya secara pos. mengirim surat dan tak lepas dengan harapan beliau agar saya menjadi karyawan besar suatu hari nanti. (ternyata doanya makbul) Tuan guru yang benar-benar saya hormati.walaupun kami hanya bertentang mata hanya beberapa kali kerana tinggal jauh. setiap cuti sekolah saya akan ke Pasar Budaya, di situ medan pertemuan.dan di situ semua cerita bermula. karyanya sampai sekarang saya baca berkali-kali dan saya simpan baik-baik, Perwira Mat Gila,adalah masterpiece yang paling mahal di Malaysia. ia lebih mahal dari intan permata.ini orang yang memang layak digelar "maharaja kartun Malaysia". kepada artis baru..janganlah dilupai lagenda-lagenda kita ini. bukan Rejabhad dan Rasyid asmawi sahaja. mereka inilah pencetus.kita tak akan berdiri di medan ini jika mereka tidak memulai dahulu. saya syorkan agar kita cadangkan agar "Hall of Fame" untuk karyawan kertas kita di Malaysia..amacam setuju??




Dua kartunis lagenda.dua insan yang bertanggngjawab dalam menjadikan saya seperti hari ini. agak sebak sedikit kerana tiba-tiba semasa saya melukis, saya teringatkan mereka.Allahyarham Rejabhad dan Rasyid Asmawi. rindu benar kepada mereka.tiadanya mereka siapalah kita ini (warga karyawan kertas generasi baru).
Rasyid Asmawi.kartunis lagenda dari tempat paling basah di Malaysia,Taiping.kenangan yang ditinggalkan melalui karya-karya beliau-empat bujang lapuk dan paling super-masterpiece adalah siri "from taipng with love".pelopor kartun ala-ala jiwang uda dan dara/laila majnun/romeo juliet dalam konteks penuh kontra tetapi romantis. ini antara karya yang tak lepas dibaca dan wajib baca setiap kali membelek Gila-Gila. saya seperti berada di dalam petak-petak cerita itu bila membacanya. inilah kelebihan karyawan lama.mereka benar-benar hidup dalam karya mereka. mereka insan yang sepatutnya diangkat tinggi.mengapa harus mengagungkan lagenda barat sedangkan kita punyai lagenda yang tidak dapat ditukar ganti.

4 Comments:

Blogger Kalamtimur said...

Seingat saya mau juga bikin tribute buat tokoh-tokoh komik yg sdrbikin. tahniah sdr mendahuluinya. koleksi-koleksi Pak Jab dan kartunis-kartunis GG telah saya kumpul sewaktu Pesta Buku Terengganu.

Masih ingat, Penghulu GG pernah menulis tentang arwah Rashid Asmawi dalam GG. Arwah seorang yang gigih, pernah menjadi guru sandaran dan sanggup menghantar kartun ke KL dengan keretapi dari taiping. Dalam keretapi, arwah sempat juga melakar dan melukis kartun. Itulah stroke shacky lantaran goyangan keretapi ketika di landasan.

10:29 PM  
Blogger Kalamtimur said...

http://www.answers.com/topic/rejabhad

6:10 PM  
Blogger Unsunghero said...

Salam Nurazmi...

catatan anda tentang dua kartunis lagenda tanahair ini mengingatkan saya pada mereka (al-Fatihah). sememangnya hasil karya mereka meninggalkan nostalgia. karya mereka banyak mengajar generasi zaman mereka bergiat dahulu. semoga kartunis kita pada masa ini belajar daripada kartunis-kartunis terdahulu apabila berkarya...janganlah terlalu berkiblatkan komik barat atau timur sahaja...

8:55 PM  
Blogger Sukatikaulah said...

Pernah duduk serumah dengan rashid asmawi di kelana jaya-Terlalu banyak kenangan bersama allahyarham-al fatehah.

1:47 AM  

Post a Comment

<< Home