Monday, August 06, 2007

The Return of the Mambo

mambo kembali!!




Sebuah lagi karya baru yang menjadi tandatanya banyak pihak sebelum ini. Apakah 'Mambo di Kuale!!' ada sambungannya? mengapa cerita tersebut seperti tergantung dan macam-macam lagi.

I had fun reading this and hence the 5 stars. I laughed and tersentuh at some point of the novel. Needless to say, it kept me VERY entertained whilst waiting for my turn at the hospital waiting room. (Need to get more of these books).
Synopsis : A simple love story of a man. How past life in kpg had evidently brought him to bandar.... and how sempoi (simple) his relationship with this girl name Shima in KL. Worked out fine between them too...

Salah satu komen dan reaksi dari pembaca 'Mambo di Kuale!!' yang bernama Puteri Sarah

www.puterisarah.multiply.com/



pendapat aku pasal buku nie...sebuah novel illustrasi yg sgt comel,katun-katun yg sgtlah kretip...mudah dibaca,ada unsur2 humour dan yg paling utama...bukan setakat novel biasa..tapi, sarat dgn msg-msg kehidupan yg boleh dijadikan iktibar...nilai kasih,sayang dan cinta, puisi dlm buku nie pun besh wooo~ sonye, aku ske seh buku nie...mentunggu keluaran seterusnye...aku ske watak PUTERA n SHIMA..bahagianye klu itu ada alam realiti (kehidupan aku).

pendapat pembaca 'mambo di kuale!!' alyn www.alyn.blogdrive.com

beberapa pendapat menunjukkan kerinduan beberapa pembaca yang sudah menghadam karya tersebut.jawapan dan penantian mereka dan anda yang membaca entry ini akan terkabul pada tanggal 20 hb.Ogos 2007. di mana buku pertamanya, 'Siri Mambo: Hilang' akan menemui peminat dalam format A4,80 mukasurat bewarna warni ekstra kertas simili 100grm yang berkualiti. untuk makluman lanjut sila layari
www.nurazmiworld.blogspot.com

Kasih dan Awang dah keluar!!



Komik/kartun terbaru yang diformatkan dalam bentuk novel Grafik-terbaru dari Nur Azmi. Satu lagi usaha terbaru yang menunjukkan begitu seriusnya Nur Azmi dalam memartabatkan komik malaysia dalam gaya, wajah tempatan. Kepada sesiapa yang telah membaca 'Mambo di Kuale!!', karya terbaru ini agak berbeza sedikit. lebih santai dengan kisah khayalan purbakala. terselit humor yang satire dan sinikal. kritikan politik yang tidak keras tetapi humoristik. Nur Azmi cuba membawa beberapa isu dalam caranya tersendiri. Sebagai karyawan generasi baru, Nur Azmi telah melangkah lebih setapak lagi. di mana karyanya terdahulu' 'Mambo di Kuale!!' yang berjaya mengejutkan ramai pihak serta meletakkan dirinya sebagai sebahagian daripada manusia penting di dalam industri.Anda perlu mencuba dan memiliki jajan baru Nur Azmi yang rasanya masih lagi klasik dari penulis/pelukisnya.

Saturday, May 19, 2007

NurAs,Faisal Tehrani dan Alfie



Faisal Tehrani, the author of 'Bila Tuhan Berbicara', at Ameen's HQ. The novel has been lauched in PWTC. More details

Alfie and NurAs at Ameen's HQ in Setapak Jaya, K.L. Who's Alfie? His one of Nuras' important person. For details about him log on www.myspace.com/alfienaive.





NurAs during the jamming. from left-Nur Azmi (guitar/vocals) and Asmawi Mohter (guitar/vocals).The two permanent members of the band.

Produk rakan sebuluku!!


Ha ini ada berita baik untuk peminat novela humor. Penulis berbakat raksasa Azzam Bellamy (yang tiada kena-mengena dengan Matt Bellamy (Muse) atau Craig Bellamy (Liverpool) mahupun Jalan Bellamy di K.L) mengeluarkan produk baru ciptaannya 'Ah Kim'. Masih belum keluar secara rasmi!! Tapi semua orang menunggu. Ada lagi bonus, Cover novelnya dilukis oleh karyawan komik tersohor, Aie (Aku dan Sesuatu).Untuk pengetahuan semua, inilah penulis cerita 'Aku Hidup dalam Blues'. Kalau nak baca cerita pasal Azzam bellamy nih buleh la lawati www.azzambellamy.blogspot.com

Friday, October 06, 2006

Al-Fatihah

Al-Fatihah dan ucapan takziah kepada keluarga encik Baharom Nasir yang meninggal dunia baru-baru ini. Beliau merupakan salah sorang peminat dewasa "Mambo di Kuale!!" novel grafik Nur Azmi dan juga peminat lukisan-lukisan Nur Azmi.Beliau meningal dunia pada 3 hb. Oktober 2006 yag lalu setelah koma selama dua bulan kerana terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Yang paling menyedihkan beliau dilanggar lari. semoga pemergian beliau di bulan Ramadhan mulia ini akan diredhai serta diberkati Allah. semoga rohnya dicucuri rahmat..ameen...

Tuesday, October 03, 2006

Menyambut Ramadhan !!

















Aksi syok sendiri tidak berlimit yang dipamerkan dengan senyuman semanis madu: Aie ( kontrol!kontrol!), Nuriman manap (Aw...saya sangat malu-malu tapir!!), Toyon (menyamar diri sebagai alien wokshop) dan Adonis (Wa...wa sikalang macam singer!!).














































aksi Ngeri dari Aie, Toyon (berkepala kunin) dan Nur azmi yang memalukan kaum dan keluarga. Aksi ini menjadi aksi paling klasik di mana mendapat pengiktirafan rekod dunia kerana kesungguhan dalam berposing.






















Aksi kenyang melampau batas Nur Azmi selepas melahap rakus juadah di kenduri menyambut Ramadhan kediaman Aie,Ampang. (jangan tiru tingkah laku ini!!)

















Menunggu juadah hingga terlena di bahu Rohaizal/Ijal.beliau hanya mampu tersengih ala-ala segan gitu-gituan.
















Adonis pun ada di kenduri.sekarang adonis sudah menetap di australia. ini kira balik kampung la ni dan dapat makan free di kenduri.sempat beliau singgah ke rumah saya di seksyen 2,wangsa maju lewat petangnya.

































Inilah kenduri sederhana menyambut Ramadhan di kediaman aie, Ampang.Aie siap baca doa lagi tu.yang belakang-belakang tu semua dah terjelir tengok nasik.maklum lah kalau bab makan..

Saturday, August 19, 2006

em..aie apa ni???


Ini cover novel grafik bersiri yang bakal keluar tak lama lagi. terbitan ameen lagi. Aie datang dengan pakej baru. peminat aie dah tentu suka nih!!aku curi gambar cover ni dan scan.kah!kah! nanti kalau orang ameen tau..aku akan belanja mereka tosai rawa dengan ais batu cendol.Aie sahabat,senior dan artist yang saya hormati. aie juga antra pendorong saya dalam menghasilkan karya-karya bercorak novel grafik.Saya mesti beli ni. berdarah hidung tengok artworks aie!!
tiga karyawan ditemuramah


slot autograf dan bergambar



lepas habesh "sembang-sembang"

1 dan 2 Ogos di Universiti Teknologi MARA,Shah Alam.

Selama dua hari di UiTM Nur Azmi memenuhi slot melukis karikatur dan "Sembang-sembang Bersama Karyawan".Tiga generasi karyawan Hj.Zainal Buang Hussien (Calon Seniman Negara), Aie a.k.a Shaari Sulong (Calon Karyawan Negara) dan Nur Azmi (Calon Karyawan Muda Nasional).Bersama meraikan program Minggu Usahawan anjuran Kolej Teratai. Para siwa dan siswi juga ramai yang sempat beramah mesra dengan karyawan-karyawan jemputan.juga mendapat autograph dan seisi bergambar. Ye lah bukan senang nak jumpa karyawan.Apa-apapun terima kasih UiTM dan semoga AJK yang terlibat di program tersebut berjaya dalam apa jua bidang pun.Luqman Hisyam dan isteri juga sama meraikan program. Di hari pertama di sana, Asmawi Mokhtar,gitaris Stoneriverpun ada.

Thursday, August 10, 2006

Doa kepada lagenda kartun kita.

Rejabhad. jab bin Had. saya memanggilnya Pak jab semasa berguru dengan beliau. masa itu umur saya baru mencecah 10 tahun. "anak siapa kau bawa ni .dah bagitau mak-ayah dia ka?"itu kata-kata yang masih terngiang-ngiang di telinga saya. beliau melatih saya dengan begitu baik. saya bersekolah di Perak.namun beliau sanggup mengirim manual pembelajaran bengkel kartunnya secara pos. mengirim surat dan tak lepas dengan harapan beliau agar saya menjadi karyawan besar suatu hari nanti. (ternyata doanya makbul) Tuan guru yang benar-benar saya hormati.walaupun kami hanya bertentang mata hanya beberapa kali kerana tinggal jauh. setiap cuti sekolah saya akan ke Pasar Budaya, di situ medan pertemuan.dan di situ semua cerita bermula. karyanya sampai sekarang saya baca berkali-kali dan saya simpan baik-baik, Perwira Mat Gila,adalah masterpiece yang paling mahal di Malaysia. ia lebih mahal dari intan permata.ini orang yang memang layak digelar "maharaja kartun Malaysia". kepada artis baru..janganlah dilupai lagenda-lagenda kita ini. bukan Rejabhad dan Rasyid asmawi sahaja. mereka inilah pencetus.kita tak akan berdiri di medan ini jika mereka tidak memulai dahulu. saya syorkan agar kita cadangkan agar "Hall of Fame" untuk karyawan kertas kita di Malaysia..amacam setuju??




Dua kartunis lagenda.dua insan yang bertanggngjawab dalam menjadikan saya seperti hari ini. agak sebak sedikit kerana tiba-tiba semasa saya melukis, saya teringatkan mereka.Allahyarham Rejabhad dan Rasyid Asmawi. rindu benar kepada mereka.tiadanya mereka siapalah kita ini (warga karyawan kertas generasi baru).
Rasyid Asmawi.kartunis lagenda dari tempat paling basah di Malaysia,Taiping.kenangan yang ditinggalkan melalui karya-karya beliau-empat bujang lapuk dan paling super-masterpiece adalah siri "from taipng with love".pelopor kartun ala-ala jiwang uda dan dara/laila majnun/romeo juliet dalam konteks penuh kontra tetapi romantis. ini antara karya yang tak lepas dibaca dan wajib baca setiap kali membelek Gila-Gila. saya seperti berada di dalam petak-petak cerita itu bila membacanya. inilah kelebihan karyawan lama.mereka benar-benar hidup dalam karya mereka. mereka insan yang sepatutnya diangkat tinggi.mengapa harus mengagungkan lagenda barat sedangkan kita punyai lagenda yang tidak dapat ditukar ganti.

Saturday, July 29, 2006

first and ever full length comic!!

Marry from canada.bought my first graphic novel-Mambo di Kuale!!.ha!ha!the "orang putih" bought my comic how about you??


Laman Seni di Putra Jaya. Putra Jaya yang dulunya tempat jin bertendang kini dah besor giler. Banyak aktiviti sekarang termasuk Laman seni pada 16 Julai yang lalu. Ada perkara istimewa berlaku di mana seorang warga Kanada,Marry telah membeli "Mambo di Kuale!!" terkejut juga dan dia berbangga mengatakan beliau boleh berbahasa melayu dengan baik. Marry sudah tiga puluh tahun di Malaysia,orang putihpun belajar bahasa melayu. Ini sekarang orang melayu dah tak reti cakap melayu,siap hina bahasa ibunda kita lagi.yang kaum lain pula beranak-pinak kat sini tapi tak pandai cakap melayu..bedaah sungguh…!!!saya bukan anti bahasa Inggeris.saya juga bias berbahasa Inggeris tetapi hormatilah Bahasa Ibunda kita..jangan hina…orang putihpun tak hina bahasa kita..inikan orang kita sedap-sedap hina bahasa sendiri..diorang ni kita campak ke laut je.bagi makan jerung!1!ngada-ngada betul!!maaf emosional pulak.Zaharuddin Sarbini dan Kobis juga ada singgah di gerai padahari itu.

Mambo di kuale!!
First and ever long length comic book that categorized as "novel grafik".The second solo graphic novel by Malaysian artist.Check the first by Dato' Lat, "Mat Som". Inspired by a true life as a multi-talented artist.The character, Putera Hj. Hassan simbolised a young successfull artist as a painter, writer and poet.the story focus everything about him and his sorrounding,circumstance,life-style,routine,his loves,parenthood,friendship,chemical relation and etc. check it on local bookstores -MPH,POPULAR bookstore,Rhytmn,Kinokuniya and alike.will be coming the serial realeses of the novel!!

welcome!!


welcome to my sub-weblog.this weblog just set-up as an alternative for searching any sources about nurazmi's comics.as a full time artist,nurazmi not only a comic star but also a painter,writer,illustrator and some interested about music.this weblog has to built for any details of his comics.from the long journey as a young caricaturist in central market to the great works like "mambo di Kuale!!".