Saturday, August 19, 2006

em..aie apa ni???


Ini cover novel grafik bersiri yang bakal keluar tak lama lagi. terbitan ameen lagi. Aie datang dengan pakej baru. peminat aie dah tentu suka nih!!aku curi gambar cover ni dan scan.kah!kah! nanti kalau orang ameen tau..aku akan belanja mereka tosai rawa dengan ais batu cendol.Aie sahabat,senior dan artist yang saya hormati. aie juga antra pendorong saya dalam menghasilkan karya-karya bercorak novel grafik.Saya mesti beli ni. berdarah hidung tengok artworks aie!!
tiga karyawan ditemuramah


slot autograf dan bergambar



lepas habesh "sembang-sembang"

1 dan 2 Ogos di Universiti Teknologi MARA,Shah Alam.

Selama dua hari di UiTM Nur Azmi memenuhi slot melukis karikatur dan "Sembang-sembang Bersama Karyawan".Tiga generasi karyawan Hj.Zainal Buang Hussien (Calon Seniman Negara), Aie a.k.a Shaari Sulong (Calon Karyawan Negara) dan Nur Azmi (Calon Karyawan Muda Nasional).Bersama meraikan program Minggu Usahawan anjuran Kolej Teratai. Para siwa dan siswi juga ramai yang sempat beramah mesra dengan karyawan-karyawan jemputan.juga mendapat autograph dan seisi bergambar. Ye lah bukan senang nak jumpa karyawan.Apa-apapun terima kasih UiTM dan semoga AJK yang terlibat di program tersebut berjaya dalam apa jua bidang pun.Luqman Hisyam dan isteri juga sama meraikan program. Di hari pertama di sana, Asmawi Mokhtar,gitaris Stoneriverpun ada.

Thursday, August 10, 2006

Doa kepada lagenda kartun kita.

Rejabhad. jab bin Had. saya memanggilnya Pak jab semasa berguru dengan beliau. masa itu umur saya baru mencecah 10 tahun. "anak siapa kau bawa ni .dah bagitau mak-ayah dia ka?"itu kata-kata yang masih terngiang-ngiang di telinga saya. beliau melatih saya dengan begitu baik. saya bersekolah di Perak.namun beliau sanggup mengirim manual pembelajaran bengkel kartunnya secara pos. mengirim surat dan tak lepas dengan harapan beliau agar saya menjadi karyawan besar suatu hari nanti. (ternyata doanya makbul) Tuan guru yang benar-benar saya hormati.walaupun kami hanya bertentang mata hanya beberapa kali kerana tinggal jauh. setiap cuti sekolah saya akan ke Pasar Budaya, di situ medan pertemuan.dan di situ semua cerita bermula. karyanya sampai sekarang saya baca berkali-kali dan saya simpan baik-baik, Perwira Mat Gila,adalah masterpiece yang paling mahal di Malaysia. ia lebih mahal dari intan permata.ini orang yang memang layak digelar "maharaja kartun Malaysia". kepada artis baru..janganlah dilupai lagenda-lagenda kita ini. bukan Rejabhad dan Rasyid asmawi sahaja. mereka inilah pencetus.kita tak akan berdiri di medan ini jika mereka tidak memulai dahulu. saya syorkan agar kita cadangkan agar "Hall of Fame" untuk karyawan kertas kita di Malaysia..amacam setuju??




Dua kartunis lagenda.dua insan yang bertanggngjawab dalam menjadikan saya seperti hari ini. agak sebak sedikit kerana tiba-tiba semasa saya melukis, saya teringatkan mereka.Allahyarham Rejabhad dan Rasyid Asmawi. rindu benar kepada mereka.tiadanya mereka siapalah kita ini (warga karyawan kertas generasi baru).
Rasyid Asmawi.kartunis lagenda dari tempat paling basah di Malaysia,Taiping.kenangan yang ditinggalkan melalui karya-karya beliau-empat bujang lapuk dan paling super-masterpiece adalah siri "from taipng with love".pelopor kartun ala-ala jiwang uda dan dara/laila majnun/romeo juliet dalam konteks penuh kontra tetapi romantis. ini antara karya yang tak lepas dibaca dan wajib baca setiap kali membelek Gila-Gila. saya seperti berada di dalam petak-petak cerita itu bila membacanya. inilah kelebihan karyawan lama.mereka benar-benar hidup dalam karya mereka. mereka insan yang sepatutnya diangkat tinggi.mengapa harus mengagungkan lagenda barat sedangkan kita punyai lagenda yang tidak dapat ditukar ganti.